Perlukah anak muda terus menyewa rumah?

0
169
Advertisement

“Tidak salah orang muda untuk terus menyewa rumah,” kata pakar ekonomi.

Profesor ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Dr. Jamal Othman berkata golongan muda perlu faham bahawa pilihan untuk menyewa rumah juga satu keputusan ekonomi yang baik sehinggalah mereka benar-benar mampu memiliki rumah sendiri.

Malah, ia akan mengurangan tekanan terhadap harga rumah yang kini melambung tinggi.

Semalam, Astro AWANI melaporkan purata harga rumah dikategorikan sebagai ‘amat tidak mampu milik’ (severely unafforadble).

Purata harga rumah pada 2016 ialah RM387,258. Ia naik mendadak daripada RM280,886 pada 2014.

“Selain itu gelagat anti-persaingan kalangan pemain di seluruh rantai pembekalan industri pembinaan juga perlu diawasi bagi memastikan harga rumah adalah ‘cekap’ dan benar-benar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran.”

Katanya kawalan ini penting bagi memastikan harga rumah tidak lagi ditentukan oleh golongan tertentu dalam industri pembinaan.

Sementara itu Pengarah Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi Wan Mohd Firdaus Wan Mohd Fuaad menegaskan perlunya usaha berterusan untuk meningkatkan tahap mampu milik rumah kalangan rakyat.

“Pertamanya adalah gaji atau pendapatan isi rumah M40 dan B40 tidak naik selari dengan inflasi. Keduanya, harga rumah banyak yang dijual dengan harga yang tinggi terutamanya di Lembah Kelang walhal ada yang mengatakan banyak rumah yang siap dibina ditinggalkan kosong,” jelasnya kepada Astro AWANI.

“Kita perlu cari kaedah tingkatkan pendapatan golongan M40 dan B40 dan pada masa yang sama kerajaan perlu ada penyelesaian untuk kekang inflasi harga rumah bukan sahaja di Lembah Kelang malah di bandar-bandar besar lain seperti Johor Bahru dan Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau juga yakin kerajaan akan mengumumkan inisiatif khusus untuk menyelesaikan isu rumah mampu milik dalam pengumuman Bajet 2018 nanti.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual membentangkan Bajet 2018 di Parlimen pada hujung bulan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here