Pernah cuba bunuh diri, Robbie Williams akui tertekan

0
54
Advertisement

UNITED KINGDOM: “Saya hampir mati beberapa kali.”

Penyanyi terkenal dari Britain, Robbie Williams akui mengalami tekanan perasaan dan pernah berniat untuk membunuh diri.

Menurut beliau, terdapat sesuatu di kepalanya yang seolah-olah menyuruhnya untuk membunuh diri.

“Saya mempunyai penyakit yang ingin membunuh saya dan ia berada di dalam kepala saya. Saya terpaksa melawan perasaan itu,” jelas beliau dalam wawancara bersama The Sun.

“Perasaan itu kadang-kala menguasai diri saya, kadang-kala diperlukan saya untuk naik ke atas pentas. Kadang-kala, saya merasakan hidup ini indah dan menakjubkan.

“Tetapi pada kebanyakan masa, saya manusia – alami apa yang manusia alami, cuba menangani kesukaran dan kesusahan yang berlaku,” katanya lagi.

Beliau turut mengatakan, disebabkan perasaan yang sukar untuk dikawal ini, beliau cenderung untuk merosakkan apa-apa barang yang ada dengannya.

Bekas anggota Take That itu mendedahkan, beliau mempunyai masalah ketagihan sejak usia 19 tahun lagi.

Pada usia awal 20-an, beliau sudah mengalami masalah kemurungan. Pada tahun 2007, beliau mula menjalani rawatan pemulihan kerana pernah cuba untuk membunuh diri.

Beliau juga mengalami masalah kebimbangan, penurunan berat badan, dan perasaan takut untuk beraksi di atas pentas.

“Tidak ada apa-apa yang dapat menggambarkan perasaan dan perkara yang saya alami,” kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Feel itu.

Beliau beransur pulih selepas berkahwin dengan Ayda Field pada tahun 2010 dengan memuji isterinya itu sentiasa memastikan dirinya ‘bersih’.

“Dia yang menjaga saya, memberi segala apa yang saya perlukan termasuklah kasih sayang.

“Dia telah lihat keadaan saya ketika saya dalam keadaan paling teruk,” kata beliau yang kini mempunyai dua orang anak hasil perkongsian hidup bersama isterinya itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here