Pernah dilatih Al-Qaeda

0
76



Kuala Lumpur: Selain bekas pensyarah Universiti Malaya (UM) Dr Mahmud Ahmad, dua pengikut Darul Islam Sabah (DIS) iaitu Mohd Amin Baco dan Jeknal Adil bakal menggantikan Isnilon Hapilon.

Mohd Amin dan Jeknal sememangnya antara empat ‘pegawai tinggi’ dalam batalion Ansar Al Shariah selain Mahmud dan bekas pembantu kedai buku di UM Mohamad Joraimee Awang Raimee.

Kedua-dua individu itu mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang operasi dan dikatakan ‘pakar’ dalam taktikal peperangan ala gerila.

Perkara itu didedahkan Pengarah Institut Kajian Penyelidikan Strategik Malaysia (MyRISS) Dr Mohd Mizan Mohd Aslam yang melihat kelebihan Mohd Amin dan Jeknal dari sudut operasi kumpulan militan itu.

“Mohd Amin dan Jeknal antara pimpinan atasan batalion Ansal Al Shariah dan berpengetahuan luas dalam aspek strategi ala gerila memandangkan mereka terbabit secara langsung dengan operasi.

“Kedua-dua individu ini berada dalam batalion tentera yang sama dan turut berperanan dalam perancangan operasi dan taktikal. Berbeza dengan Mahmud, dia lebih digunakan sebagai ‘spiritual leader’ (pemimpin keagamaan).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

SHARE
Previous articleMike memang hebat!
Next articleDapat ilmu lupa RM10

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here