Perompak bersenjata larikan barang kemas bernilai jutaan dollar dari hotel mewah

0
58
Advertisement

PARIS: Perompak yang bersenjatakan kapak pada Rabu melarikan barang kemas bernilai lebih AS$5 juta dari sebuah kedai di hotel Ritz Paris yang terkenal.

Menurut polis, lima orang terbabit melakukan rompakan di siang hari di hotel mewah itu, tiga daripadanya berjaya diberkas manakala dua lagi melepaskan diri.

“Kerugian dianggarkan sangat tinggi dan ia masih sedang dinilai,” kata satu sumber polis.

Satu sumber lagi meletakkan angka kerugian pada 4.5 juta euro, tetapi turut menjelaskan, sebuah beg telah berjaya ditemui dan mungkin mengandungi sebahagian barangan yang dicuri.

Hotel tersebut pertama kali dibuka pada 1898 dan merupakan hotel Paris pertama yang mempunyai bekalan elektrik di semua tingkat dan bilik mandinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here