Perpisahan bermakna buat legenda

0
25



Milan: Diego Perotti menjaringkan gol pada saat terakhir ketika AS Roma memberikan hadiah perpisahan bermakna buat ikon Francesco Totti (gambar) dengan kemenangan 3-2 ke atas Genoa di Stadio Olimpico, awal pagi semalam.

Totti, yang beraksi pada perlawanan terakhirnya dengan kelab ibu kota selepas 25 tahun kariernya yang hanya memberikan satu gelaran liga, diberikan hadiah pada hari terakhir apabila dipanggil menggantikan pemain Mesir Mohamed Salah pada minit ke-54.

Totti gagal menjaringkan gol pada penampilan ke-785 dalam Serie A secara keseluruhannya.

Namun pada akhir kemenangan yang memberikan Roma tiket ke Liga Juara-Juara musim depan, perancang utama itu menerima sambutan yang menyaksikan seluruh stadium menangis.

Seorang peminat yang menangis berjaya masuk ke tengah padang dan memeluk wiranya ketika penonton lain melambai ke arah pemain paling simbolik di Itali sejak lebih 20 tahun lalu.

“Detiknya sudah tiba. Saya menangis sepanjang hari. Inilah satu-satunya jersi saya,” kata Totti.

“Saya mengambil keputusan ini dengan persetujuan isteri dan keluarga. Saya ingin kekal untuk 25 tahun lagi. Terima kasih Roma, keluarga, ibu, ayah dan abang.

“Saya ingin menulis puisi, lagu tapi apa yang boleh saya lakukan adalah menggunakan kaki untuk meluahkan perasaan.”

Totti menggalas tugas penting di Roma dengan menamatkan penantian scudetto selama 18 tahun untuk menjuarainya pada 2001, menolak sebarang keputusan saat akhir untuk bermain di tempat lain dan bakal bekerjasama dengan pengarah sukan Roma Monchi. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here