Peruntukan lebih dalam Bajet 2018, bakal lonjak KDNK PKS – PM Najib

0
14
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengunjurkan Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) meningkat antara 6.5 peratus hingga 7.5 peratus pada tahun hadapan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peruntukan RM22.2 bilion bagi program pembangunan PKS bakal menyumbang kepada unjuran ini.

“Sokongan berterusan ini amat penting untuk membangunkan PKS melalui peruntukan kredit pembiayaan, skim jaminan modal, pinjaman mudah, skim geran dan juga memberikan pengecualian cukai untuk pasaran modal yang meliputi pelbagai aktiviti dan produk,” kata beliau semasa berucap pada Mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan (MPPK) ke-23 hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut merasmikan inisiatif atas talian yang digerakkan SME Corp iaitu Sistem Insentif Berpusat SME (SCENIC).

Unjuran KDNK PKS untuk 2018 dijangka meningkat antara 6.5 peratus hingga 7.5 peratus.

“Melalui inisiatif ini, saya berharap agar setiap kementerian dan agensi dapat mengelakkan pertindihan pemberian bantuan kepada PKS serta memastikan pengagihan sumber secara lebih optimum,” katanya.

SCENIC merupakan pangkalan data bersepadu bagi penerima bantuan kerajaan di bawah program pembangunan PKS yang dilaksanakan oleh Kementerian dan Agensi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here