Pesawat AirAsia selamat mendarat selepas hadapi masalah tekanan dalam kabin

0
63
Advertisement

SYDNEY: Pesawat syarikat tambang rendah AirAsia yang dalam penerbangan dari Perth, Australia  ke Bali, Indonesia terpaksa membuat pendaratan kecemasan pada petang Ahad selepas berlepas 25 minit akibat masalah tekanan dalam kabin, lapor agensi berita China, Xinhua.

Kesemua 151 penumpang pesawat QZ535 bagaimanapun selamat kembali ke Lapangan Terbang Perth tanpa sebarang kecederaan.

Beberapa penumpang yang terkejut memberitahu media tempatan bahawa mereka “menyangka mereka akan meninggal dunia” apabila pesawat tersebut turun mengejut pada ketinggian 32,000 kaki kepada 10,000 kaki.

“Semua orang mula cemas apabila corong udara terkeluar,” kata Leah dari Perth.

“Kami mula mengucap selamat tinggal antara satu sama lain dan ia sangat mengecewakan.”

Sementara itu, AirAsia Indonesia dalam satu kenyataan memohon maaf atas masalah teknikal yang berlaku.

“Keselamatan penumpang adalah keutamaan kami,” menurut kenyataan syarikat penerbangan itu.

Seminggu sebelum kejadian ini, satu lagi pesawat AirAsia juga terpaksa membuat pendaratan cemas di Perth selepas 90 minit penerbangan ke Kuala Lumpur berikutan masalah enjin dan pada bulan Julai, gangguan burung menyebabkan pesawat AirAsia terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Brisbane.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here