Pesawat Delta Air Lines berpatah balik

0
67


SEATTLE: Penerbangan Delta Air Lines ke Beijing berpatah balik ke Seattle selepas seorang penumpang kabin kelas pertama menyerang anggota kru sebelum ditumpaskan penumpang lain, kata jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma, Perry Cooper.

Dua orang dihantar mendapatkan rawatan perubatan kerana mengalami kecederaan ringan selepas pesawat itu mendarat dengan selamat sejurus selepas jam 7.00 malam waktu tempatan.

Penumpang lelaki terbabit ditahan penguat kuasa undang-undang tempatan yang dibantu Biro Siasatan Persekutuan, kata Cooper.

Pesawat berkenaan meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma, kira-kira jam 5.30 petang waktu tempatan, tetapi berpatah balik 45 minit sejurus berlepas.

Cooper berkata, lelaki berkenaan menyerang pembantu penerbangan dalam kabin kelas pertama, tetapi tidak mempunyai butiran lanjut mengenai punca kejadian.

Beberapa penumpang lain campur tangan untuk membantu menewaskan suspek. Juruterbang memutuskan untuk berpatah balik dan menghubungi pegawai penguat kuasa dan pasukan perubatan.

Jurucakap Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan, Lorie Dankers, berkata tiada pencerobohan keselamatan di lapangan terbang itu. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here