Pesawat Indonesia terbabas

0
54


SEBUAH pesawat Indonesia yang membawa 146 penumpang terbabas dari landasan ketika mendarat di timur Papua, hari ini. – Foto AFP

JAKARTA: Sebuah pesawat Indonesia yang membawa 146 penumpang terbabas dari landasan ketika mendarat di timur Papua, hari ini.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan, J Adravida Barata, berkata pesawat Boeing yang dikendalikan syarikat domestik Sriwijaya Air itu terbabas dari landasan basah di lapangan terbang bandar raya Manokwari.

Tiada yang cedera dalam insiden itu.

Rakaman televisyen menunjukkan penumpang dipindahkan dari pesawat itu ketika perut kapal terbang berada di atas rumput bersebelahan landasan.

Februari lalu, pesawat Sriwijaya yang membawa 192 penumpang dari China ke Bali terpaksa berpatah balik selepas kru menyedari satu daripada pintunya tidak ditutup dengan sempurna.

Bulan sama, pesawat penumpang syarikat penerbangan kebangsaan, Garuda, terbabas ketika mendarat di lapangan terbang di Yogyakarta dalam hujan lebat. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here