Pesawat MAS terpaksa patah balik ke Melbourne

0
55



Sebuah psawat Malaysia Airlines (MAS) terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Melbourne selepas seorang daripada penumpangnya dilaporkan cuba memasuki kokpit.

Dalam kenyataannya malam ini MAS mengesahkan insiden itu membabitkan seorang penumpang yang mengganggu penerbangan MH128.

“MH128 berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne pada jam 11.11 malam dan dijangka mendarat di Kuala Lumpur pada jam 5.28 pagi 1 Jun, berpatah balik ke Melbourne selepas kapten penerbangan dimaklumkan oleh seorang kru kabin mengeai seorang penumpang cuba memasuki kokpit.

“Pesawat MH128 mendarat dengan selamat di Melbourne pada jam 11.41 malam. Ia kini ditempatkan di kawasan terasing dan sedang menunggu bantuan keselamatan,” kata kenyataan itu.

 

MAS turut menegaskan pihak mereka memberikan keutamaan terhadap aspek keselamatan.

Sementara itu perkhidmatan penjejakan penerbangan flightradar24 berkata, insiden itu menyebabkan pesawat udara yang sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Melbourne dilencongkan ke lokasi lain, termasuk Lapangan Terbang Launceston di Tasmania.

Portal SBS World News Australia pula mendakwa penumpang terbabit didapati memegang satu peranti elektronik namun dipercayai bukan bom

Individu terbabit kemudian dikatakan ditahan 11 penumpang lain dalam penerbangan itu. 

[Baca berita penuh]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here