Pesawat MH128 patah balik ke Melbourne selepas penumpang cuba masuk kokpit

0
65



KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH128 terpaksa patah balik ke Lapangan Terbang Melbourne pada Rabu malam berikutan ‘gangguan’ seorang penumpang.

Menurut kenyataan MAS, penerbangan yang dijadualkan ke Kuala Lumpur itu berpatah balik selepas salah seorang penumpang cuba memasuki kokpit.

“MH128 berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne pada jam 11.11 malam dan dijangka mendarat di Kuala Lumpur pada jam 5.28 pagi 1 Jun, berpatah balik ke Melbourne selepas kapten penerbangan dimaklumkan oleh seorang kru kabin mengenai seorang penumpang yang cuba memasuki kokpit.

“Keselamatan pelanggan merupakan keutamaan kami,” kata kenyataan itu.

Pesawat MH128 mendarat dengan selamat di Melbourne pada jam 11.41 malam. Ia kini ditempatkan di kawasan terasing dan sedang menunggu pihak keselamatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here