Pesawat pejuang Itali terhempas ketika pertunjukan udara

0
32

ROME: Tentera Udara Itali mengesahkan pesawat pejuangnya Eurofighter yang menyertai pertunjukan udara di Rome terhempas ke laut.

Nahas membunuh juruterbang pesawat berkenaan.

Nahas berlaku disaksikan ribuan pengunjung pertunjukan udara di Terracina.

Pesawat tersebut dilaporkan sedang membuat pusingan, namun gagal terbang tinggi dan menyebabkan ia menjunam ke laut.

Asap tebal kelihatan selepas nahas tersebut.

Tentera udara mengesahkan mayat juruterbang yang dikenali sebagai Kapten Gabriele Orlandi dijumpai sejurus selepas nahas.

Insiden menyebabkan pertunjukan yang menampilkan skuad Frecce Tricolore dibatalkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here