Pesawat persendirian terputus hubungan di Papua

0
42


JAKARTA: Sebuah pesawat persendirian yang membawa lima penumpang terputus hubungan dengan pihak berkuasa hari ini, memaksa misi mencari dan menyelamat dilakukan di wilayah timur Papua, Indonesia, kata seorang pegawai.

Pesawat jenis Pilatus Porter PC-6 itu hilang daripada radar pada waktu tengah hari selepas berlepas untuk melakukan penerbangan jarak dekat merentas satu kawasan pergunungan terpencil di Papua.

“Jika tidak silap, terdapat lima orang berada dalam pesawat,” kata jurucakap agensi pencarian dan penyelamat, Yusuf Latif.

Katanya, pesawat itu adalah milik Associated Mission Aviation (AMA) – sebuah syarikat swasta yang mengendalikan penerbangan di dalam dan sekitar Papua.

Indonesia sangat bergantung kepada pengangkutan udara untuk menghubungkan beribu-ribu pulau tetapi mempunyai rekod keselamatan penerbangan yang buruk.

Beberapa kemalangan maut direkodkan sejak kebelakangan ini. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here