Pesawat Putin ambil laluan jauh hadiri G20

0
10


VILNIUS: Pesawat yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin ke sidang kemuncak G20 di Jerman membuat lencongan kira-kira 500 kilometer bagi mengelak menyeberangi negara Baltik.

Menurut laman web FlightRadar24, jet kerajaan Russia terbang dari Moscow ke Hamburg, kelmarin menyimpang dari laluan asal di ruang udara Belarus dan Poland.

Belarus dan Poland pernah menjadi antara blok Soviet tetapi menyertai pakatan tentera Barat selepas kejatuhan komunisme.

Ilyushin dengan nombor pendaftaran RA-96022 terbang di Laut Baltik, menyeberangi wilayah berkecuali, Finland dan Sweden sebelum memasuki ruang udara Denmark dan Jerman, kedua-duanya anggota NATO.

Televisyen Russia kemudian menunjukkan Putin muncul dari kapal terbang dengan pendaftaran sama di Hamburgh, bagi bertemu Presiden Amerika Syarikat, Donal Trump, buat kali pertama. – REUTERS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here