Pesawat Rusia terhempas, 71 maut

0
288
Advertisement
MOSCOW: Sebuah pesawat kendalian syarikat penerbangan Russia, Saratov Airlines, terhempas dekat sini pada Ahad, mengorbankan semua 71 penumpang dan anak kapal.

Menurut laporan agensi berita TASS, terdapat 65 penumpang dan enam kru dalam kapal terbang itu, yang hilang dari radar kurang 10 minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Domodedovo di Moscow.

Penerbangan itu – pesawat Antonov AN-148 – dijadualkan menuju bandar Orsk di rantau Orenburg di Rusia, bersempadan dengan Kazakhstan.

Stesen televisyen Rusia, Rossiya-24, menyiarkan rakaman yang menunjukkan serpihan pesawat itu di sebuah padang yang diliputi salji.

“Serpihan telah ditemui, tidak ada yang terselamat,” kata TASS, memetik sumber.

Pesawat Antonov AN-148 yang terhempas itu sedang dalam perjalanan menuju bandar Orsk. - Astro AWANI

Punca sebenar kemalangan itu masih belum dikenalpasti.

Kementerian Pengangkutan Rusia mempertimbangkan pelbagai kemungkinan, termasuk keadaan cuaca dan kesilapan juruterbang, menurut Interfax.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here