Pesawat Yahudi tembak tentera Syria di Bukit Golan

0
175
Advertisement


BAITULMAQDIS: Sebuah pesawat perang Israel menembak pos pengawal tentera Syria hari ini, beberapa jam selepas perang saudara Syria meletus di penempatan diduduki Israel di Bukit Golan.

“Sebagai tindak balas kepada serangan roket dari Syria ke Israel awal pagi tadi, sebuah pesawat Tentera Udara Israel menyasarkan serangan mortar di kedudukan tentera Syria.

“Pelancaran roket itu adalah akibat daripada peperangan dalaman di Syria, ” kata Tentera Israel dalam kenyataan hari ini.

Ia adalah serangan balas keempat dalam seminggu ketika tentera Syria bertempur dengan pemberontak.

AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here