Pesona hijab Yuna dalam majalah 'Vogue Arabia'

0
70

JIKA sebelum ini penyanyi antarabangsa kelahiran Malaysia Yuna ditampilkan di dalam majalah InStyle dan Nylon, kini penyanyi itu menghiasi majalah terkenal Vogue Arabia.

Berita itu dikongsi sendiri oleh beliau di Instagram.

“Saya berada di dalam isu Julai/Ogos Vogue Arabia yang menampilkan Jourdan Dunn sebagai wajah kulit depan dan saya di dalamnya,” tulis Yuna.

MESTI BACA: ‘Sentiasa rendah diri’ nasihat Quincy Jones kepada Yuna

MESTI BACA: Kolaborasi Yuna dan DJ Tokimonsta dalam ‘Don’t Call Me’

MESTI BACA: Luahan kebahagiaan Yuna di Instagram

Yuna ditampilkan di muka surat depan rencana fesyen yang bertemakan ‘Hijabi Crush’.

Beliau juga berjenaka jika boleh ditampilkan di kulit majalah Vogue Arabia.

Tambah penyanyi lagu ‘Crush’ itu, Aja Hitomi bertindak sebagai jurugambar dan Yuna memakai baju rekaan pereka terkenal Hatta Dolmat.

Vogue Arabia merupakan edisi Asia Barat bagi majalah Vogue yang popular di Amerika Syarikat.

Ia dilancarkan pada Mac 2017 dan diedarkan di beberapa negara rantau itu seperti Arab Saudi, Bahrain, Qatar, Kuwait, Oman dan Emiriah Arab Bersatu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here