PETEH anggap PBSNT gagal

0
34
Advertisement



KELAB Penyokong Bolasepak Terengganu (PETEH) menyifatkan Terengganu FC II (TFC II) mampu diselamatkan daripada tersingkir ke Liga FAM jika pengurusan membuka mata dari awal.

Timbalan Presiden PETEH, Wan Azmi Wan Ngah berkata, tindakan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) merehatkan ketua jurulatih, Mustaffa Kamal Abd Wahab juga tidak memberi sebarang makna, malah ia sudah terlewat.

Katanya, sekalipun TFC II dilabel sebagai pasukan sokongan kepada Terengganu FC, namun skuad itu tetap dibarisi pemain berpengalaman serta diperkuat empat awang import.

“Kami tidak tahu apa masalah sebenar yang dihadapi pasukan ini dan tidak adil untuk menyalahkan 100 peratus kepada jurulatih dengan apa yang berlaku, tapi kami bersimpati dengan pasukan ini (TFC II).

“Jika anda lihat, TFC II bukan calang-calang pasukan apabila diperkuatkan bekas pemain Terengganu FC seperti Ismail Faruqi Ashaari, Shukur Jusoh, Sharin Sapien, Hafizal Mohamad dan Radhi Yusof, namun hairan masih gagal membantu pasukan kekal di Liga Perdana,” katanya kepada Sukan NSTP, hari ini.

Semalam, Sukan NSTP melaporkan Mustaffa Kamal direhatkan pengurusan selepas pasukan bimbingannya tersingkir ke Liga FAM musim depan apabila menghuni tangga tercorot Liga Perdana yang berakhir Jumaat lalu.

Sehubungan itu, penolong ketua jurulatih, Tengku Hazman Raja Hassan dikatakan akan mengambil alih tugas sebagai jurulatih sementara TFC II untuk mengharungi Piala Cabaran yang bermula minggu depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here