Peteh 'berpesta' benam KL

0
19
Advertisement



 

JUARA Piala Malaysia 2001, Terengganu berpesta gol apabila membelasah Kuala Lumpur 5-1 pada aksi pertama saingan Kumpulan A, Piala Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.

Penyerang import skuad Peteh, Tchetche Kipre muncul pemusnah buat tuan rumah apabila meledak hatrik dan kemenangan itu memastikan permulaan menarik buat wakil Pantai Timur kendalian Irfan Bakti Abu Salim.

Di sebalik peluang dicipta Kuala Lumpur dalam 20 minit pertama, tuah seakan lebih memihak kepada Terengganu apabila berjaya membuka jaringan menerusi Kipre pada minit ke-24.

Ketika babak pertama seakan berakhir dengan satu jaringan, Lee Andrew Tuck bijak memanfaatkan kelebihan dimilikinya pada minit ke-44 menerusi sepakan percuma menarik dari luar kotak penalti.

Sembilan minit babak kedua bersambung, Kipre terus meletakkan Terengganu semakin selesa selepas menyempurnakan hantaran lintang Mohamad Kamal Azizi Zabri.

Pada minit ke-64, Igor Zonjic turut melakar nama selaku penjaring apabila menanduk masuk sepakan penjuru daripada Lee Tuck.

Kelibat Kipre nyata memberi igauan buat pertahanan Kuala Lumpur apabila pada minit ke-72 dia bijak melepasi perangkap offsaid dan meledak gol kelima skuad Penyu.

Pada minit ke-85, Kuala Lumpur memperoleh gol sagu hati menerusi Zaquan Adha Abd Radzak.

 

 

SHARE
Previous articleHonda buka Pusat 3S baru
Next articleSeni kelajuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here