Petronas: Kebocoran paip tidak jejas penghantaran kargo LNG

0
10
Advertisement

KUALA LUMPUR: Petronas mengesahkan penghantaran kargo gas asli cecairnya (LNG) tidak terjejas oleh insiden kebocoran gas di Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP) yang terletak di Long Luping, Lawas, Sarawak. pada 10 Januari lepas.

Petronas dalam satu kenyataan hari ini berkata, bekalan gas kepada pelanggan tidak terjejas walaupun bekalan gas daripada Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) ke Kompleks LNG Petronas di Bintulu telah dihentikan bagi memastikan keselamatan di tapak insiden.

“Petronas sebagai pembekal LNG yang dipercayai, tanpa penghantaran terputus sejak 1983, akan terus mendukung komitmennya kepada pelanggan,” kata syarikat itu.

Siasatan terhadap punca insiden kebocoran gas itu sedang dijalankan dan Petronas sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan masyarakat sekitar bagi memastikan keselamatan pendudukan sepanjang masa, kata syarikat itu. — Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here