Petros rancang untuk aktif dalam tempoh dua tahun

0
51
Advertisement

MIRI: Petros, syarikat minyak dan gas dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri Sarawak, menyasarkan akan mula aktif dalam industri minyak dan gas dalam tempoh dua tahun.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Petros akan cuba mengekploitasi segala peluang dalam industri minyak dan gas setelah beroperasi kelak.

“Tunggu dua tahun lagi untuk Petros terlibat secara aktif dalam industri minyak dan gas,” katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Miri Zon 10 di sini, pada Ahad.

Untuk rekod, Petros ditubuhkan secara rasmi pada Ogos 2017 untuk membolehkan penyertaan terus kerajaan negeri dalam industri minyak dan gas di Sarawak.

Pada November 2017, Pengerusi Petros Tan Sri Hamid Bugo dipetik sebagai berkata, Petros dijangka beroperasi pada suku pertama 2018 dan kini sedang mencari calon sesuai mengisi kekosongan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Johari mencadangkan kaedah promosi pelancongan di Miri ditukar dengan menggunakan kaedah “Realiti Maya.”

“Tanah tinggi Bario serta pantai di Bekenu di Miri amat sesuai menggunakan kaedah berkenaan bagi menarik kedatangan pelancong,” katanya.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang juga penyelaras PBB Zon 10, Datuk Gerawat Gala berkata, mesyuarat perwakilan dari lapan cawangan PBB di sini sebulat suara menyokong untuk mengekalkan kepimpinan PBB sedia ada.

Gerawat berkata, keputusan sebulat menyokong Johari kekal sebagai Presiden PBB, tiada pertandingan untuk dua jawatan Timbalan Presiden dan tiada pertandingan untuk jawatan Ketua Pemuda serta Ketua Wanita dalam mesyuarat agung perwakilan parti itu bulan depan.

“Kami akan bekerja keras bersama dengan parti komponen Barisan Nasional lain untuk merampas kembali kerusi Parlimen Miri daripada pembangkang ” katanya. — Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here