Pewaris Samsung Jay Y. Lee bebas tuduhan rasuah

0
114
Advertisement

SEOUL: Mahkamah Rayuan Korea Selatan hari ini membebaskan pewaris Samsung Group, Jay Y.Lee setelah setahun penahanan dan penjara lima tahun atas tuduhan memberikan rasuah kepada bekas presiden negara itu.

Lee dipenjarakan berikutan tuduhan memberi rasuah dan skandal politiknya yang membawa kepada pengunduran Presiden Park Geun-hye.

Beliau yang ditahan sejak Februari 2017 membuat rayuan terhadap keputusan dan hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Rendah.

Sebelum ini, Lee didakwa memberi rasuah 43 bilion won (anggaran RM154 juta) kepada Presiden Park Geun-hye sebagai pertukaran sokongan kerajaan dalam proses perubahan struktur syarikat itu.

Park juga dituduh menyalah guna kuasa dan memeras ugut syarikat-syarikat gergasi untuk menyumbang dana kepada yayasan bukan berasaskan keuntungan.

Lee, 49 tahun merupakan pewaris kepada salah satu empayar korporat terbesar di dunia.

BACA: http://www.astroawani.com/berita-dunia/bekas-presiden-korea-selatan-didakwa-dalam-skandal-rasuah-139683

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here