Piala Sudirman: Frost akui Malaysia tewas kepada pasukan yang lebih hebat

0
63



PENGARAH Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost menyifatkan kekalahan di Piala Sudirman adalah satu pengajaran buat pasukan negara dengan seluruh barisan perlu berkerja keras bagi memastikan mampu memberi cabaran lebih baik pada masa akan datang.

Malaysia tersingkir daripada saingan Piala Sudirman di peringkat suku akhir kepada Jepun 3-1 sekaligus menyamai pencapaian dua tahun lalu di Dongguan, China.

Daripada tiga perlawanan, Malaysia hanya menang sekali iaitu ke atas Jerman dengan keputusan 5-0 di peringkat kumpulan sebelum tewas dua kali kepada Jepun.

Hanya pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei yang memenangi ketiga-tiga perlawanannya, dengan pasangan beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing juga tidak tewas dalam dua perlawanan.

Sebaliknya, beregu negara Tan Wee Kiong-Goh V Shem mempamerkn aksi mengecewakan apabila tewas dua daripada tiga perlawanan yang diharungi.

“Kami perlu mempelajari kesilapan yang telah dilakukan, meningkatkan setiap kekurangan ketika beraksi dan tidak berputus asa untuk menghasilkan permainan yang lebih baik,” kata Frost.

Barisan pemain wanita negara jelas sekali kelemahan utama yang harus diberi perhatian oleh BAM.

Bagaimanapun, Frost tidak mahu menyalahkan persembahan buruk atau kekurangan persediaan pasukan negara sebaliknya menerima hakikat bahawa lawan lebih hebat.

“Kami telah tewas kepada pasukan yang lebih hebat daripada kami dan tahniah diucapkan kepada mereka.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here