Pilihan raya Jerman: Angela Merkel pertahan jawatan

0
33

BERLIN: Canselor Jerman, Angela Merkel mempertahankan jawatan untuk penggal keempat selepas partinya CDU menang pilihan raya negara itu.

Sokongan terhadap pakatan pimpinan Merkel merosot, namun ia kekal parti terbesar di Parlimen dengan lebih 32 peratus undi.

Sementara itu, rakan komponen CDU sebelum ini, Parti Sosial Demokratik (SPD) hanya memperoleh 20.6 peratus undi.

Parti alternatif untuk German, AFD, berada di kedudukan ketiga dengan 13 peratus undi.

Keputusan ini adalah yang terburuk dicatat parti pimpinan Merkel dalam tempoh 12 tahun.

Pilihan raya berlangsung dalam keadaan tegang.

Ia susulan bantahan kumpulan anti Merkel yang menolak polisi mesra migran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here