Pinjaman dari Jepun: Beli insurans bagi kekalkan kadar pertukaran nilai mata wang

0
71
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kerajaan boleh membeli insurans darisegi mata wang untuk mengekalkan kadar pertukaran nilai mata wang dan kemudian boleh menggunakan faedah lebih rendah untuk mendapatkan penjimatan dari pinjaman mudah yang dimohon dari kerajaan Jepun.

Pegawai Khas Menteri Kewangan Tony Pua menjawab kritikan beberapa pihak terhadap pinjaman mudah yang dimohon dari kerajaan Jepun dalam mata wang Yen.

“Kita boleh beli insurans dari segi mata wang jadi kita boleh kekalkan kadar pertukaran nilai mata wang itu, lepas itu kita gunakan faedah lebih rendah kita boleh dapat keuntungan sedikit atau penjimatan sedikit,” katanya dalam program ‘Agenda AWANI 100 Hari Malaysia Baharu’.

Beberapa pihak sebelum ini mengkritik tindakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta Jepun untuk mempertimbangkan pemberian pinjaman mudah bagi membantu menangani masalah kewangan negara.

Antara kritikan yang dibuat ialah pinjaman mudah dalam mata wang Yen itu bakal menambah jumlah hutang negara.

Dr Mahathir ketika melakukan lawatan ke Jepun baru-baru ini menjelaskan kredit Yen pada kadar faedah yang lebih rendah berpotensi digunakan untuk menamatkan sebahagian daripada pinjaman kos tinggi sedia ada, yang ada antaranya mempunyai kadar faedah setinggi enam peratus.

Dalam pada itu, Tony menjelaskan kerajaan perlu membuat pinjaman mudah dengan kadar faedah yang rendah untuk membayar hutang lama yang mempunyai kadar faedah tinggi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here