'Pipi macam simpan bola ping pong'

0
147
Advertisement

PENYANYI dan pelakon, Leez Rosli berkongsi pengalaman manis ketika melahirkan anak pertamanya, Nur Safiyya Alisha Noorsyaiful, dua tahun lalu.

Pengalaman itu dikongsikannya di Instagram (IG) sempena sambutan ulang tahun kedua kelahiran anaknya itu, pada 4 April lalu.

“04/04/2016 tarikh keramat dalam hidup Umi. Umi tak dapat rasa sakit contraction, sebabnya kamu duduk songsang dalam perut umi tak nak pusing-pusing.

“Tambah pula tali pusat atas leher, so daddy yang decide (operate seyjaaaa) punya dia sayang anak dia yang seorang ini,” tulisnya di IG.

Biarpun dilahirkan secara pembedahan, bekas peserta program realiti, Akademi Fantasia musim keempat (AF4) ini bersyukur bayinya berada dalam keadaan sihat sejahtera.

“…yang Umi pulak dok fikir, aduuuu operate ini comfirm badan susah nak turun, macam mana ini? Merata google pasal czer apa semua…tapi Alhamdulillah, semuanya dpermudahkan untuk Umi.

“Walaupun masa nak czer itu, neves ya rabbi.. sampai sesak-sesak nafas masa baring (perut tengah di lapah masa tu) ditemani daddy kat sebelah, kemain kuat Umi cengkam tangan daddy.

“Keluar-keluar saja semua staff nurse and doctor jerit ‘besarnya baby!! Bulat nya baby!!’ Yaaa, tengoklah gambar itu, pipi macam simpan bola pingpong. Ini first time Umi dapat dakap, itu pun hampir setengah hari lepas czer baru dapat jumpa..,” luahnya lagi.

Malah, selebriti berusia 31 tahun ini turut mendoakan kesejahteraan anaknya itu selain berharap kesempatan yang sama dapat dirasai oleh bakal-bakal ibu lain.

“Ya Allah, tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan masa ini. Syukurrr Ya ALLAH bagi nikmat rezeki ini.

“Semoga Nur Safiyya Alisha Binti Noorsyaiful ini menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia serta akhirat.

“Tak lupa hakak juga mendoakan semoga para suami isteri yang masih menunggu, semoga ALLAH kurniakan anak-anak syurga pada kalian. Sesungguhnya ALLAH itu sebaik-baik perancang! Happy Birthday anak Umi!!,” tulis sambil disertai #alishaturns2.

Nur Safiyya Alisha dilahirkan melalui pembedahan dengan berat 3.5 kilogram di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah pada 4 April 2016.

Anak itu merupakan hasil perkongsian hidup Leez dan suaminya yang juga anggota kumpulan Drama Band, Aepul atau nama sebenarnya, Noorsyaiful Md Zalaludin yang berkahwin pada 2014.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here