'Pirates of the Caribbean' juarai carta kutipan pecah panggung

0
26


LOS ANGELES: Sekuel filem ‘Pirates of the Caribbean’ terus berada di carta teratas kutipan pecah panggung dengan perolehan hampir AS$78.5 juta (RM335 juta) selepas ditayangkan empat hari menjelang hujung minggu Hari Memperingati di Amerika Utara.

Siri kelima filem itu ‘Dead Men Tell No Tales’ yang dibintangi Johnny Depp, menewaskan satu lagi filem ‘Baywatch’ yang berada di tempat ketiga dan cuma memperoleh AS$23.1 juta (RM98 juta) hasil jualan tiket sementara satu lagi filem terbitan Disney, ‘Guardians of the Galaxy Vol. 2’, di tempat kedua dengan AS$27.2 juta (RM116 juta) pada minggu keempat tayangannya.

Cerita ringan mengenai kumpulan pengembara angkasa lepas dilakonkan Chris Pratt, Zoe Saldana, Bradley Cooper dan Vin Diesel mengumpul kutipan AS$340.5 juta (RM1.4 bilion) secara domestik sejak ditayangkan pada 5 Mei lalu.

‘Dead Men Tell No Tales’ turut mendapat sambutan hangat di peringkat antarabangsa, mengutip AS$247.8 juta (RM1.06 bilion) dalam penjualan tiket, dengan China menjadi pasaran luar terbesar dengan AS$92.3 juta (RM394 juta).

“Jumlah AS$326 juta (RM1.3 bilion) yang diperoleh ‘Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales’ bermakna The Walt Disney Studios kini sudah melepasi kutipan AS$3 bilion (RM12 bilion) secara global pada 2017 sehingga kini, dengan pendapatan antarabangsa pada AS$1.903 billion (RM8.14 bilion) dan pendapatan domestik dengan AS$1.102 bilion (RM4.71 bilion),” kata studio itu.

Filem ‘Alien: Covenant’ arahan Ridley Scott yang menjadi pendahulu pecah panggung minggu lalu jatuh ke tangga ke empat pada hujung minggu Hari Memperingati. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here