Pitana kendali aksi pembukaan

0
370
Advertisement



PENGADIL dari Argentina, Nestor Pitana akan mengendalikan perlawanan pembukaan Piala Dunia apabila tuan rumah, Russia berdepan Arab Saudi, umum FIFA, sebentar tadi.

Pegawai perlawanan berusia 42 tahun itu, yang bertugas ketika Piala Dunia 2014 di Brazil, akan mengetuai aksi Kumpulan A di Stadium Luzhniki Moscow.

Pitana akan dibantu rakan senegara, Juan Pablo Belatti serta Hernan Maidana, manakala Sandro Ricci dari Brazil bertindak selaku pegawai keempat perlawanan.

Ketika kontroversi penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) masih lagi diperdebatkan, pereka bentuk VAR, Massimiliano Irrati dari Itali secara rasmi meletak jawatan di Moscow.

VAR pernah diuji di dua liga utama – Bundesliga, Jerman serta Serie A, Itali tetapi diselubungi banyak kesilapan serta keputusan mengelirukan.

“Kami sudah bersedia memberikan yang terbaik dan mempamerkan tahap konsisten tinggi, tetapi tanpa sikap yang baik daripada pemain, ia akan menjadikan tugas kami semakin sukar,” kata Pengarah Pengadil FIFA, Massimo Busacca.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here