PJBM sanggup tunggu 2 musim

0
391
Advertisement



KUALA LUMPUR: Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) berkata tiada masalah jika Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mahu menunggu dua musim lagi sebelum menilai impak pelaksanaan kuota import ASEAN dalam Liga Malaysia (Liga M).

Presidennya, B Sathianathan berkata semua pasukan perlu membuat pilihan sebaik mungkin sebelum menandatangani mana-mana pemain import terutama dari rantau ASEAN yang mana tahap permainan dan gaji mereka lebih kurang dengan pemain tempatan.

Katanya, kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) beraksi di Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan juga bakal menarik minat pemain lebih berkualiti terutama dari Thailand dan Vietnam untuk beraksi dalam Liga M. 

“Mungkin tiada masalah (kekalkan kuota import ASEAN), tapi kita kena cuba dapatkan pemain lebih baik daripada pemain tempatan khususnya dari Thailand dan Vietnam.

“Saya fikir ada pemain mereka memiliki tahap lebih tinggi dan ia akan memberi manfaat kepada pemain tempatan. Tiada masalah dari aspek kewangan atau sebagainya jika kita bijak dalam membuat pilihan.

“Mungkin gaji mereka ada yang lebih kurang dengan pemain tempatan. Ini semua berkaitan dengan kelab kita saja dalam membuat pilihan terbaik,” katanya ketika dihubungi.

MFL dalam kenyataan malam tadi mengesahkan hanya akan membuat penilaian mengenai impak keseluruhan kuota import ASEAN selepas tiga tahun pelaksanaannya yang baru bermula musim ini.

Pengesahan itu dibuat susulan laporan Sukan NSTP semalam yang memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam bahawa kuota import ASEAN mungkin dinilai semula sekiranya ada permintaan daripada pasukan Liga M.

Dalam perkembangan lain, Sathianathan yang juga jurulatih FELDA United FC menuntut anak buahnya meneruskan rentak kemenangan berdepan PDRM di Stadium Tun Abdul Razak, malam esok walaupun sudah mengesahkan kejuaraan Liga Perdana.

“Esok kita akan terima hadiah, jadi jangan pula kita tumpas dan angkat piala. Lebih cantik kalau menang walaupun ia tak bermakna apa-apa buat FELDA United.

“Tapi bagi saya, kita kena kekalkan rentak kemenangan dan saya tidak suka kalah. Saya juga akan membuat beberapa pertukaran pemain bagi memberi ruang kepada pemain yang sudah lama tidak beraksi,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here