PKNS lonjak tangga ke-3

0
387
Advertisement



JARINGAN Muhammad Faris Ramli pada minit keempat sudah memadai buat PKNS FC untuk meraih kemenangan 1-0 ke atas Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC di Stadium Perak, sebentar tadi.

Dengan kemenangan itu, PKNS melonjak ke kedudukan ketiga Liga Super selepas mengutip 32 mata manakala PKNP kekal di tangga kelapan dengan 22 mata.

PKNS berada di hadapan apabila Faris memanfaatkan hantaran Rafael Ramazotti pada minit ke-4.

Jaringan itu tidak melemahkan semangat PKNP FC yang bangkit untuk mengenakan tekanan ke kubu lawan namun gagal menghasilkan jaringan dan kedudukan itu kekal hingga tamat babak pertama.

Skrip di babak kedua tidak banyak berubah dengan PKNP FC meneruskan asakan dan berjaya mencipta beberapa peluang.

Franklin Anzite berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke-65 tetapi rembatannya tersasar manakala cubaan Deevan Raj pula terus ke dakapan Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin.

Aksi rancak itu bagaimanapun turut diselangi kekasaran hingga memaksa pengadil, Mohd Faiz Jamaluddin melayangkan kad merah kepada Ahmad Shukri Hamid dan Romel Oswaldo Ramirez kerana bergaduh pada minit ke-83.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here