PKNS mula langkah kanan

0
13
Advertisement



foto Muhammad Rasul Azli Samad

MELAKA: PKNS membuka langkah kanan dalam misi ke suku akhir Piala Malaysia selepas mengatasi PDRM 5-2 pada aksi pembukaan Kumpulan B di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.

Cuba mengulangi kejayaan 2016 mara ke suku akhir, tuan rumah berusaha mencipta jaringan awal namun kesilapan penjaga gol Ahmad Sheril Anuar Saini menjatuhkan Rafeal Ramazotti dalam kotak penalti membolehkan PKNS membuka jaringan menerusi Romel Oswaldo pada pada minit ke-27.

Gol terbabit menyaksikan The Cops bangkit dan jaringan penyamaan tuan rumah terhasil menerusi rembatan dalam kotak penalti Petrisor Voinea pada minit ke-44.

Babak kedua menyaksikan PKNS sekali lagi mendahului tuan rumah selepas dua minit permainan menerusi tolakan Daniel Sang Ting.

The Red Ants terus melebarkan jaringan selepas Muhammad Faris Ramli mencetak gol ketiga pada minit ke-63 dan Rafel Ramazotti menambah jaringan keempat selepas mudah menolak pada minit ke-74.

Gol terbabit tidak melemahkan semangat PDRM untuk merapatkan jurang selepas pemain gantian Mohd Baqiuddin Shamsudin meledak gol kedua pasukan pada minit ke-78.

Setiap usaha mereka selepas itu bagaimanapun dipatahkan pertahanan pelawat sekali gus impian The Cops untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata gagal dan bekas penyerang kebangsaan Mohd Safee Sali menambah gol kelima PKNS pada minit ke-90.

SHARE
Previous articleKedah gagal menyengat
Next articleFELDA, MU terikat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here