Plat khas US terima lebih 2,000 bidaan

0
16


PRESIDEN Seniman, Zed Zaidi (dua dari kiri) bersama Ketua Pengarah Finas, Datuk Fauzi Ayob (tiga dari kiri) menunjukkan nombor pendaftaran kenderaan US (untuk seniman) di Majlis Pelancaran Plat Untuk Seniman US 1-1000 di Menara Suezcap. – Foto Eizairi Shamsudin

KUALA LUMPUR: Lebih 2,000 bidaan diterima untuk plat kenderaan khas Untuk Seniman (US) – inisiatif bersama Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas dibuka bermula jam 12 tengah hari tadi.

Presiden SENIMAN, Zed Zaidi berkata, bidaan itu diterima untuk tempahan plat khas US 1 hingga US 1000 yang bermula pada harga RM5,000.

“Pada mulanya, kami bercadang meletakkan plat nama SENIMAN tetapi menukarnya kepada plat lebih sesuai iaitu US atas persetujuan JPJ. Ia menarik minat ramai untuk mendapatkannya kerana lebih ringkas dan menarik.

“Ramai yang melihat keunikan plat khas ini dan tertarik untuk membuat bidaan sebelum tarikh tutup pada 20 Ogos ini. Selain orang ramai, selebriti juga tidak melepaskan peluang membuat bidaan untuk mendapatkan plat pendaftaran khas ini,” katanya.

Zed berkata, dana yang terkumpul menerusi penjualan plat khas itu akan disalurkan kepada Tabung Kebajikan SENIMAN.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana membantu dan memberi kelulusan untuk pengeluaran plat khas ini. Dana yang dikumpul akan disalurkan ke Tabung Kebajikan SENIMAN bagi membantu artis naungan yang memerlukan,” katanya.

Mereka yang ingin membuat bidaan dan tempahan boleh melakukannya menerusi laman sesawang www.platus.my atau mengambil borang bidaan di pejabat Sekretariat Plat US di Centrio Pantai Hillpark, di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here