Platform lahir bakat baru

0
20



Batu Pahat: Kumpulan Mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dari Kursus Olahraga Balapan (UQS12001) Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum tampil menganjurkan Kejohanan Relay UTHM 2017 bagi membantu melahirkan bakat baru dalam acara olahraga.

Kejohanan yang berlangsung pada 6 Mei lalu di Stadium UTHM itu dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan disertai kira-kira 200 peserta dari seluruh negeri.

Pengarah program Mohamad Shahrulnizam Zamjuri berkata, antara acara yang dipertandingkan dalam program itu ialah 4×100 meter lelaki dan perempuan, 4×400 meter lelaki dan perempuan serta mix-swedish relay terbuka.

“Acara yang dipertandingkan itu dapat memberikan ruang kepada pihak sekolah selain peluang kepada pelajar untuk membabitkan diri dalam bidang olahraga disamping menjadikan kejohanan ini sebagai platform yang berperanan menggilap bakat atlet sekolah.

“Program itu juga bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar UTHM sendiri dalam kursus kokurikulum berkredit Olahraga dan menerapkan kemahiran yang dipelajari kepada atlet sekolah dan penuntut UTHM.

“Kemahiran itu juga akan digunakan apabila pelajar kursus ini menempuhi alam pekerjaan sebagai guru kelak,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here