Plot bunuh suami gagal, 17 saudara jadi mangsa

0
24

PAKISTAN: Niat buruk membunuh suami sendiri gagal sebaliknya 17 saudara pula yang maut akibat terminum susu beracun.

Suspek Aasia Bibi, yang berkahwin paksa September lalu merancang untuk memberikan susu beracun itu kepada suaminya.

Namun, rancangan itu gagal selepas suaminya enggan meminum susu berkenaan.

“Amjad (suami suspek) tidak minun susu itu selepas mengetahui ia mengandungi racun yang biasanya digunakan untuk membunuh tikus,” kata Ketua Polis Daerah Malik Owais Ahmed.

Ibu mertua Aasia yang tidak mengetahui mengenai ‘susu beracun’ itu kemudian menggunakan susu terbabit untuk membuat yogurt dan menghidangkannya kepada 27 saudara mara mereka menyebabkan 17 daripada mereka maut manakala 10 lagi dirawat di hospital.

Suspek bertindak demikian kerana tidak bahagia dengan perkahwinan yang diatur dan mahu kembali kepada teman lelakinya.

Siasatan polis mendapati plot bunuh berkenaan dirancang teman lelaki suspek yang juga memberikan racun berkenaan kepada suspek.

“Dia (teman lelaki) suruh saya campurkan racun itu dengan sesuatu dan beri suami minum. Dia berjanji akan berkahwin dengan saya selepas itu,” kata Aasia.

Sesal dengan kejadian yang berlaku suspek berkata dia hanya menyasarkan suaminya selepas usahanya untuk meminta cerai gagal.

Kebanyakan ibu bapa di Pakistan mengatur perkahwinan anak perempuan mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here