PM Britain singkatkan lawatan

0
44


THERESA May ketika menulis di dalam buku ucapan takziah kepada mangsa serangan bom di Manchester Town Hall, di Manchester. – Foto AFP

LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May dijangka memendekkan jadual lawatannya ke Persidangan G7 di Itali minggu ini, susulan insiden serangan di Manchester Arena, Isnin lalu.

Keputusan itu dibuat berikutan Britain kini berada dalam berjaga-jaga peringkat tertinggi dan kemungkinan berlaku serangan susulan.

Pihak polis masih menyiasat rakan subahat penyerang terbabit.

May dijadual menghadiri hari pertama persidangan di Taormina di Kepulauan Sicily, yang bakal disertai Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Bagaimanapun, May tidak akan menyertai sesi perbincangan Sabtu.

“Mengikut maklumat yang kami peroleh, tahap ancaman adalah kritikal dan berdasarkan situasi di sini, Perdana Menteri bercadang memendekkan programnya di G7 supaya dapat kembali ke Britain pada Jumaat malam,” kata pegawai kanan kerajaan.

Bagaimanapun, sebelum ke Sicily, May bakal menghadiri Persidangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Brussels, esok.

Pada persidangan itu, May dijangka membuat desakan supaya pemimpin pakatan ketenteraan meningkatkan usaha untuk menangani masalah keganasan. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here