PM Britain, Trump bincang isu maklumat bocor

0
45


TRUMP (kiri) dan Theresa May.

LONDON: Perdana Menteri Britain Theresa May akan berbincang dengan Presiden Donald Trump berhubung kebocoran maklumat sulit oleh Amerika Syarikat (AS) berkaitan pengeboman nekad di Manchester.

Sumber kerajaan British berkata, menteri dan ketua keselamatan di negara itu dilaporkan kecewa dengan kebocoran dalam media AS di mana polis bimbang ia mungkin menghalang operasi memburu pembuat bom yang masih bebas.

Saluran BBC melaporkan, polis British berhenti berkongsi maklumat mengenai pengeboman Manchester dengan AS, berikutan berang dengan pendedahan terperinci isu berkenaan.

Sumber berkata, ia adalah isu sensitif berkaitan operasi polis. -Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here