PM gesa perdagangan bebas Asia, beri perlindungan kepada negara 'lemah'

0
152
Advertisement

KUALA LUMPUR: Negara maju perlu memberikan pertimbangan khas kepada ekonomi yang lebih kecil dalam melaksanakan perdagangan bebas dan demokrasi, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Walaupun kami menyokong perdagangan bebas, banyak negara mengamalkan sekatan,” katanya semasa menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) ke-24 di Tokyo, Jepun hari ini.

“Saya katakan ini kerana negara seperti Malaysia sukar untuk bersaing dalam dunia perdagangan bebas,” jelasnya.

Oleh itu, beliau meminta agar rangka kerja perdagangan bebas Asia Timur memberi pertimbangan kepada negara-negara yang mempunyai kapasiti berbeza.

“Kita harus sedar bahawa wujud negara-negara yang baru membangun. Mereka memerlukan perlindungan kerana mereka tidak berada di kedudukan untuk bersaing dengan negara perdagangan besar,” ujarnya.

Ini merupakan kali ke-20 beliau berucap dalam persidangan berkenaan.

Rakaman penuh ucaptama Perdana Menteri di Persidangan Nikkei 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here