PM Iraq puji tentera berjaya kuasai Mosul

0
46


HAIDER al-Abadi (kanan) memegang bendera Iraq di Mosul, Iraq.- Foto Reuters

MOSUL: Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi, memuji pasukan tentera negara itu kerana berjaya menewaskan kumpulan militan Daesh di Mosul.

“Kemenangan sudah pasti dan saki baki kumpulan Daesh sudah dikepung. Hanya masa yang menentukan sebelum kita boleh mengumumkan kemenangan sepenuhnya kepada rakyat kini.

“Kelewatan (pengumuman) berlaku atas rasa hormat dan sokongan terhadap pasukan kita yang sedang meneruskan operasi pembersihan,” kata Haider dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, masih ada beberapa kumpulan saki baki Daesh yang masih beroperasi dan menegaskan sudah berada di dalam tangan. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here