PM Israel buang batu karang selepas lawatan Trump

0
45


Netanyahu.- Foto AFP

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mula kembali berkerja hari ini selepas menjalani pembedahan membuang batu karang, kata pejabatnya.

Pembedahan dilakukan hanya beberapa hari selepas kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Israel dalam lawatan sulungnya ke luar negara.

“Pembedahan itu berjaya dijalankan di hospital Hadassah di Baitulmuqqadis. Perdana Menteri sudah pulih dan kembali bertugas,” kata kenyataan.

Ketika pembedahan malam semalam, Menteri Alam Sekitar, Zeev Elkin, anggota rakan sayap kanan parti Likud Netanyahu menyandang jawatan pemangku Perdana Menteri.

Netanyahu, 67, dilaporkan mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau menjalani pemeriksaan kolonoskopi pada 2014 dan 2015 manakala pada 2013, terpaksa bercuti selepas pembedahan hernia selain dirawat seketika untuk jangkitan resdung. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here