PM Jepun bubar Parlimen, pilihan raya 22 Okt ini

0
34

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan satu pilihan raya awal diadakan.

Serentak itu, tarikh pilihan raya ditetapkan pada 22 Oktober ini, setahun lebih awal daripada mandat yang sepatutnya.

Abe mengambil kesempatan daripada lonjakan populariti beliau, khususnya berhubung pendirian tegas mengenai krisis nuklear dengan negara jiran Korea Utara.

Beliau menjadi perdana menteri pada 2012, dan parti pimpinannya Parti Liberal Demokrat mengetuai pakatan yang menguasai Parlimen Jepun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here