PM lancar program Bakat Global Malaysia

0
78
Advertisement

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan program Bakat Global Malaysia (MGT) yang bakal mewujudkan 5,500 pemimpin global Malaysia menjelang 2022.

Jelasnya, fasa pertama MGT akan melibatkan kerjasama 12 syarikat multinasional (MNC) dan 10 universiti awam yang akan memilih serta memberi bimbingan kepada bakat-bakat tempatan yang berpotensi tinggi.

Program MGT adalah hasil kerjasama antara Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) dan InvestKL.

“Melalui beberapa siri inisiatif seperti perkongsian ilmu, perkhidmatan, latihan industri dan pengajaran dari Ketua-ketua Pegawai Eksekutif daripada MNCs Global, MGT bermatlamat untuk mewujudkan peluang kepada bakat muda di Malaysia untuk mencapai latihan dan Global Best Practices,” katanya semasa berucap pada majlis InvestKL Annual Ministerial Event 2018 di MITEC di sini, hari ini.

Najib berkata, MGT akan memastikan negara menjadi pusat pengumpulan bakat bertaraf dunia hasil kerjasama sektor industri dan akademik.

“Saya yakin MGT yang diinisiatifkan InvestKL dan diuruskan juga oleh Talencorp dan disokong Kementerian Pengajian Tinggi, akan membawa satu kejayaan besar dan insipirasi bagi kerjasama berkenaan.

“Semua ini akan membolehkan usaha untuk meningkatkan pelaburan yang lebih berkualiti untuk tahun 2018 dan seterusnya, demi masa depan semua rakyat Malaysia,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here