PM Najib kunjung hormat Presiden Singapura Halimah di Istana

0
58
Advertisement

SINGAPURA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat kunjungan hormat terhadap Presiden Halimah Yacob di Istana di sini, bersempena kehadiran beliau untuk Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura kali kelapan yang bermula Selasa.

Ini pertemuan pertama beliau dengan Halimah, yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Singapura Kelapan pada 14 Sept 2017. Ia berlangsung selama 30 minit.

Turut menganggotai delegasi Malaysia ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed; Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura Datuk Zulkifli Adnan serta beberapa pegawai kanan.

Bagi pihak Singapura yang turut dijangka hadir ialah Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee; Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong; Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia Vanu Gopala Menon serta beberapa pegawai peringkat tinggi.

Beliau menceburi bidang politik dalam tahun 2001 dan menjadi anggota Parlimen bagi Jurong Group Representation Constituency (GRC) dan Marsiling Yew-Tee GRC.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here