PM Najib kutuk serangan di Jakarta

0
81



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk serangan ke atas terminal bas di Kampung Melayu, Jakarta Timur malam tadi.

“Saya merasa jijik dengan serangan di Jakarta malam tadi. Rakyat Malaysia bersama-sama dengan rakyat Indonesia pada waktu seperti ini,” kata beliau dalam akaun Twitter dan Facebook.

Berlaku selang tidak berapa lama dengan kejadian pengeboman menyedihkan di Manchester, Najib berkata kejadian mengejutkan terbaharu ini menunjukkan keganasan tidak mempunyai sempadan dan mengenal bangsa serta fahaman.

“Ingatan dan doa saya dengan orang-orang tersayang yang berkenaan. Walaupun pengganas cuba untuk menakutkan kita, namun kita mesti merasa tidak gentar dengan mereka. Setiap kekejaman mesti mengkentalkan keputusan kita.

Lebih-lebih lagi ini masanya untuk bersatu padu walaupun keganasan ekstrem cuba untuk memecah-belahkan kita,” tambah beliau.

Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dalam letupan bom itu dengan orang awam turut dilapor tercedera dalam kejadian yang menyaksikan dua letupan berlaku dalam tempoh lima minit, yang dipercayai dilakukan pengebom bunuh diri kira-kira 9 malam waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia).

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here