PM New Zealand teruja kehamilan anak pertama

[ad_1]

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden membuat satu pengumuman lain daripada kebiasaan.

Pemimpin berusia 37 tahun itu yang memulakan tugas sebagai perdana menteri Oktober lalu mengumumkan dia mengandungkan anak pertamanya.

Dalam entri terbaru di akaun twitternya, Arden memberitahu dia bakal menimang cahaya mata pada Jun ini.

Beliau juga sudahpun meminta Timbalan Perdana Menteri, Winston Peters untuk menjalankan tugas pemangku selama enam minggu ketika dia dalam pantang nanti.

[ad_2]

Leave a Comment