Pochettino hilang ramai bintang

0
234
Advertisement



MAURICIO Pochettino kini bersedia untuk memulakan musim tanpa ramai bintang Piala Dunia kelab itu.

Pengurus Liga Perdana Inggeris semuanya berdepan keputusan sukar ketika mereka kesuntukan masa bagi mendapatkan pasukan terkuat bagi hari pembukaan musim ini.

Namun tidak seorang pun merasai kesukaran berbanding bos Spurs itu.

Sembilan pemain utamanya terbabit dalam minggu terakhir Piala Dunia dan mereka bermain bola sepak hampir 1,000 minit lebih di Russia berbanding rakan lain dalam Liga Perdana yang layak ke separuh akhir.

Pochettino mahu memberikan semua pemainnya 21 hari cuti; masa untuk berehat, kembali pulih dan tidak lagi terbabit dengan emosi kejohanan itu.

Ia bermakna Hugo Lloris, Harry Kane, Dele Alli, Danny Rose, Eric Dier, Kieran Trippier, Toby Alderweireld, Jan Vertonghen dan Mousa Dembele tidak akan kembali berlatih hingga enam hari sebelum Tottenham memulakan kempen berdepan Newcastle pada 11 Ogos depan.

Setiap pemain diberikan program musim panas untuk terus mengekalkan tahap mereka dan Pochettino akan menghubungi mereka secara kerap menerusi kumpulan WhatsApp.

Sebahagian daripada mereka akan ke pusat latihan di Enfield ketika Spurs berada di Amerika Syarikat untuk jelajah pramusim manakala yang lain akan dikunjungi jurulatih untuk melakukan ujian atau membantu kecergasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here