Pok Ya kongsi pengalaman zaman kanak-kanak bersama penonton

0
2097
Advertisement
PELAKON komedi, Sabri Yunus yang cukup popular dengan telefilem Pok Ya Cong Codei pernah melalui kisah menarik bersama bapanya ketika zaman kanak-kanak.
 
Ceritanya, ketika membesar di awal tahun 1970-an, dia berdepan masalah gunting rambut meskipun bapanya seorang tukang gunting rambut.
 
“Kami hidup susah ketika itu tapi anak-anak memahami kesusahan ayah. Ketika nak sambut Aidilfitri, memang ramai yang datang nak gunting rambut,” katanya kepada Astro Gempak.


 
Sambungnya, walaupun bapa tukang gunting rambut tapi anak-anak susah nak potong rambut apabila ada pelanggan lain datang.
 
“Hari pertama tak dapat, begitu juga hari kedua menjelang malam raya pun masih tak dapat gunting rambut.
 
“Ayah kata gunting pada malam raya tapi ketika itu dia nak keluar beli kasut raya. Jadi, kami anak-anak tunggu ayah balik sebab risau tak mau ayah beli kasut dengan baju yang sama,” katanya.


 
Bagaimanapun, dia pakai baju sekolah pada pagi raya kerana Aidilfitri pada masa itu berlaku pada hujung tahun sebelum persekolahan baru bermula.
 
“Ayah tak mampu beli 2 pakaian sekaligus. Kalau beli baju raya tak dapat pergi sekolah.
 
“Walaupun dia jumpa kawan pakai baju sekolah tapi pakaian bukan soal utama sebaliknya nak pergi beraya dapat duit raya dan beli pistol mainan,” katanya.
 
Ujarnya, kisah benar pengalaman zaman kanak-kanaknya ini dikongsi menerusi telefilem terbaru, Cerita Raya Sabri Yunus terbitan Arie Zaharie Production yang akan ditayangkan di Astro Ceria.
 
Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Arie Zaharie Production
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here