Polis Barcelona edar gambar suspek serangan van di Barcelona

0
29

BARCELONA: Polis Barcelona mengeluarkan gambar seorang lelaki yang didakwa ada kaitan dengan serangan van di Barcelona.

Driss Oubakir, berusia lingkungan 20-an dikenal pasti menerusi dokumen yang digunakannya untuk menyewa van tersebut.

Namun menurut media tempatan, Driss yang lahir di Maghribi, tiada kaitan dengan serangan tersebut.

Dokumennya dicuri dan disalah gunakan untuk tujuan serangan.

Militan Daish, menerusi agensi berita Amaq, mengaku mendalangi serangan di Las Ramblas.

Las Ramblas merupakan salah sebuah pusat tumpuan pelancong dan antara yang paling popular di Eropah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here