Polis Britain selar media AS

0
47


ANGGOTA tentera dan polis Britain mengawal persekitaran bangunan Parlimen di London. – Foto AFP

LONDON: Ketua Polis Britain memberi amaran kebocoran maklumat mengenai insiden pengebom nekad di Manchester yang dilaporkan media di Amerika Syarikat (AS) boleh menjejaskan siasatan.

“Kami menghargai kepentingan kerjasama dalam perisikan, penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan di seluruh dunia.

“Hubungan ini membolehkan kami bekerjasama dan berkongsi keistimewaan serta maklumat sensitif bagi menangani keganasan dan melindungi orang awam di dalam serta luar negara.

“Bagaimanapun, jika kepercayaan dilanggar, ia boleh menjejaskan hubungan, siasatan kami dan keyakinan mangsa, saksi serta keluarga mereka.

“Kemusnahan yang berlaku adalah lebih besar kerana ia membabitkan pendedahan bukti yang tidak disahkan ketika siasatan mengenai kes keganasan masih dijalankan,” kata jurucakap majlis Ketua-Ketua Polis Kebangsaan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan termasuk imej yang didakwa dari lokasi kejadian pengeboman. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here