Polis cari dua saksi kes gaduh

0
25



Ipoh: Dua lelaki dikenali V Anantha Kumar, 38, dan K Ananth, 33, dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Jalan Kledang Timur, Menglembu, di sini, Ahad lalu, sehingga mengakibatkan tiga lelaki parah ditembak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata, setakat ini polis sudah menahan tujuh suspek berusia 21 hingga 35 tahun termasuk tiga lelaki yang cedera akibat terkena tembakan itu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua individu itu boleh menghubungi talian 05-2401999 atau balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataannya di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Julai 2017 @ 5:49 AM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here