Polis dapatkan pengesahan Filipina laporan dua rakyat Malaysia terbunuh di Marawi

0
59



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mendapatkan pengesahan daripada kerajaan Filipina berhubung dua rakyat Malaysia yang didakwa antara 13 anggota kumpulan pengganas yang terkorban dalam pertempuran dengan tentera negara itu di bandar Marawi , Mindanao.

“Tunggu. Polis sedang mendapatkan pengesahan mengenai laporan itu,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata terdapat sekurang-kurangnya lima rakyat Malaysia yang dipercayai berada di bandar Marawi¬† dan dua daripadanya adalah ”Ustaz” Abdulrahman Asmawi dari Kelantan dan Dr Kamsa Yahya dari Kedah yang dilaporkan terbunuh.

“Kami tidak dapat beri pengesahan yang mereka terbunuh memandangkan ada ramai (rakyat Malaysia) dikenal pasti berada di sana. Tunggu pengesahan terlebih dahulu, mungkin ambil masa,” katanya.

Akhbar tempatan berbahasa Inggeris hari ini melaporkan dua rakyat Malaysia itu dipercayai antara 13 militan yang terbunuh dalam pertempuran tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here